REMAJA DAN CABARAN
CABARAN REMAJA
PADA ABAD KE-21
“Jika kamu mahu melihat masa
depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.” Saidina Ali
R.A
Berdasarkan
kata-kata di atas,terbuktilah bahawa remaja memantulkan imej masa depan sesebuah
Negara kerana mereka merupakan tampuk kepimpinan Negara pada masa akan datang. Remaja
merupakan permata yang amat berharga terhadap ibubapa, agama, bangsa dan
Negara. Perkataan remaja berasal daripada
perkataan Latin yang bermaksud menuju kearah kematangan. Umum mengetahui,alam remaja
merupakan alam yang amat kompleks di mana remaja masih tercari cari identiti diri
mereka. Namun, dalam situasi ini, masih ramai remaja generasi Y terjelompok kelembah
gejala sosial ditambah pula dengan pengaruh budaya barat yang semakin menular sekaligus
membunuh jiwa suci para remaja ini dengan budaya-budaya negative seperti hedonisme,
sekularisme, liberalisme dan lain lain lagi.
Antara cabaran yang menjadi batu penghalang utama kepada pembangunan remaja
alaf ini adalah pengaruh yang berleluasa. Pengaruh pengaruh ini termasuklah pengaruh
daripada persekitaran dan juga teknologi maklumat yang berleluasa telah menimbulkan
pelbagai isu yang tidak dapat ditangani.
Antara pengaruh yang berleluasa merupakan pengaruh
rakan sebaya serta keluarga yang mendorong serta mempengaruhi rakan rakan
mereka untuk melakukan perilaku seperti merokok,mengedar dadah,arak serta lain
lain. Menurut kajian yang telah
dilakukan oleh Indri Kemala Nasution,2007 menyatakan bahawa perilaku merokok
dimulakan kerana rasa ingin tahu dan juga pengaruh rakan sebaya . modelling iaitu meniru perilaku orang
lain menjadi salah satu punca dalam merokok. Data WHO juga semakin mempertegas
bahawa jumlah perokok yang ada di dunia sebanyak 30% ialah kaum remaja. Jika
hal ini tidak dapat dicegah, hasil penilitian menunjukkan bahawa pada tahun
2020,dikirakan rokok akan menjadi penyebab utama kematian dan kecacatan yang
menewaskan lebih dari 10 juta orang setiap tahun. Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya.
Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan
bagi remajab di dalam tingkah laku
mereka. Perasaan “sense of
belonging” kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Kajian yang dilakukan
oleh Lambert dan rakan rakanya (1972) menunjukkan remaja menghadapi berbagai
konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi (generation gap) tersebut
antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka.
Budaya lepak juga telah menjadi isu yang dipandang
serius oleh masyarakat Malaysia masa kini. Menurut kajian yang dilakukan oleh
tokoh cendiakawan tempatan,tingkah laku lepak dalam kalangan remaja menunjukkan
secara purata remaja menghabiskan masa sebanyak 16.3 jam seminggu membuang masa
berkumpul dan berbual kosong dengan rakan sebaya di tempat tempat awam . kadar
ini lebih menonjol di kawasan luar Bandar iaitu di kawasan pembangunan tanah
FELDA yang telah menghabiskan masa mereka sebanyak 28.4 jam seminggu untuk
melepak. Melalui aktiviti melepak yang diamalkan oleh remaja,hal ini memberi
peluang serta masa bagi para remaja untuk terjebak sekali dengan gejala sosial
yang dilakukan oleh rakan rakan mereka.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Zainuddin Sharif dan Norazmah Mohamad
Roslan(journal of education phsychology
and counselling),2011 menyatakan antara faktor-faktor yang mendorong remaja
di Sekolah Tunas Bakti,Sungai Lereh, Melaka terlibat dengan masalah sosial
mengikut empat faktor iaitu faktor diri
sendiri,faktor latar belakang keluarga,faktor pengaruh rakan sebaya dan faktor
permasalahan persekitaran sekolah. Sebanyak 57% pelajar di Sekolah Tunas
Bakti,Sungai Lereh, Melaka bersetuju bahawa mereka suka bergaul dengan kumpulan
remaja yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Sebanyak 80.2% pelajar
turut bersetuju mereka gemar mencuba perkara baharu. Hal ini membuktikan bahawa
pengaruh yang berleluasa di persekitaran remaja memainkan peranan sebagai
faktor utama terhadap masalah gejala sosial dan keruntuhan akhlak remaja
Selain daripada pengaruh
persekitaran,teknologi yang semakin berkembang dan menular pada hari ini turut
menjadi cabaran yang amat besar terhadap remaja. Media massa merupakan agen
sosialisasi,media massa seharusnya bebas dari cengkaman faham sekularisme dan
budaya komersial yang melampau. Remaja zaman sekarang mempunyai persepsi bahawa
seuatu yang datang dari Negara barat seperti Amerika Syarikat, England, Canada
dan lain lain. Masalah jenayah siber yang dapat ditakrifkan sebagai sebarang
bentuk tindakan dan ancaman yang dilakukan oleh seseorang melalui
internet,telefon bimbit dan pelbagai teknologi lain ini kian menular dalam
kalangan para remaja. Jenayah siber yang
semakin berleluasa ini memberikan impak yang amat besar mahupun dari segi
mental atau fizikal. Hal ini terbukti pada bulan Januari yang lalu, seorang
remaja perempuan di Australia membunuh diri selepas menjadi mangsa jenayah
siber. Enjin pencarian juga digunakan secara meluas oleh para remaja untuk
mencari bahan bahan lucah. Malah, menurut statistic google trend Malaysia menduduki tempat ke-14 bagi penggunaan enjin
pencarian untuk mencari bahan lucah di serata dunia. Hal ini sedikit sebanyak
telah mencalarkan imej remaja. Setelah para remaja menontoh perkara-perkara
sebegini,mereka akan mempunyai keinginan yang kuat untuk mencuba perkara ini.
Jadi melalui cara inilah akan berlaku kes kes yang lebih besar seperti kes
rogol dan pembuangan bayi. Pada 14,19 dan 31 Disember 2017, 9 orang remaja
telah disabitkan kesalahan merogol seorangang gadis bawah umur di Gemencheh.
Tidakkah hal ini akan memalukan keluarga? Tidakkah hal ini akan merosakkan nama
mereka? Selain daripada isu ini, penggunaan media sosial yang berleuasa kerana
kecekapanya telah menimbulkan masalah pergaulan bebas. Perasaan ingin
berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Hal ini memudahkan
remaja yang bercinta untuk menetapkan temu janji mereka. Ini akan menyebabkan remaja hilang fokus dan
minat terhadap bidang pelajaran sekaligus mengurangkan jumlah para cendiakawan
Negara. Bukan sahaja itu,Sifat materialistic juga akan disemai dalam diri
remaja melalui laman laman pembelian secara atas talian. Sepanjang perjalanan
hidup mereka akan dipenuhi dengan nilai kebendaan semata-mata. Media massa juga
sebenarnya menjadi wahana cultural
domination and imperialisme melalui berbagai saluran teknologi maklumat
yang amat canggih.
Tetapi,sebagai rakyat Malaysia kita
sepatutnya bersyukur untuk dilahirkan di Negara ini, kerana segala perbuatan
kita akan sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Justeru,remaja akan
malu untuk terjebak dengan aktiviti pergaulan bebas. Tetapi jika dibandingkan
dengan Negara Eropah yang lain seperti Amerika Syarikat, pergaulan bebas
addalah perkara yang biasa berlaku di Negara mereka. Di Malaysia juga,walaupun
seseorang remaja telah mencecah umur 20 tahun,kebanyakkanya akan masih lagi
berada di bawah pantauan ibu bapa terutamanya remaja perempuan. Namun
sebaliknya berlaku di Amerika Syarikat,kebanyakan para remaja akan berpindah
keluar dari rumah mereka apabila mencecah umur 16 tahun. Oleh itu,para remaja
akan mempunyai banyak kebebasan tanpa pantaun ibu bapa. Kebanyakan laman web
lucah di malysia ditapis,namun tidak di Amerika.Aktiviti seperti Friday night lights turut menjadi tempat
berlakunya seks bebas,arak dan dadah. Pada 2012 juga,sebanyak 17% daripada
remaja yang berada digred 10 dan 23% remaja daripada gred 12 sudah mula
terjebak dengan dadah. Bagi menanganimasalh remaja ini,ibu bapa haruslah
memainkan perana yang vital dengan member tumpuan dan kasih saying yang
secukupnya terhadap remaja. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu sibuk bekerja
hingga mengabaikan anak anak mereka. Remaja merupakan aset Negara dan bakal
pemipin Negara pada masa akan datang, dengan cabaran yang mendatang hari
ini,banyak rintangan telah member kesan serta impak yang besar dalam hayat
remaja termasuklah aspek sosial dan psikologi. Oleh itu,demi melahirkan Negara
yang dapat berdiri sama tinggi serta duduk sama rendah dengan Negara maju lain
sejajar dengan transformasi nasional 2050,kita seharusnya berganding bahu dalam
mengembleng tenaga untuk melahirkan remaja yang produktif
![Image result for 21st century](https://kidsandteensonline.files.wordpress.com/2014/01/digital-identity-teenagers-redes-social-media.jpg)
![Image result for 21st century](https://i.pinimg.com/originals/09/42/dc/0942dc83140add0d7ce9665a918fee90.jpg)