Monday, 12 March 2018


REMAJA DAN CABARAN

CABARAN REMAJA PADA ABAD KE-21


“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.” Saidina Ali R.A
Berdasarkan kata-kata di atas,terbuktilah bahawa remaja memantulkan imej masa depan sesebuah Negara kerana mereka merupakan tampuk kepimpinan Negara pada masa akan datang. Remaja merupakan permata yang amat berharga terhadap ibubapa, agama, bangsa dan Negara.  Perkataan remaja berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud menuju kearah kematangan. Umum mengetahui,alam remaja merupakan alam yang amat kompleks di mana remaja masih tercari cari identiti diri mereka. Namun, dalam situasi ini, masih ramai remaja generasi Y terjelompok kelembah gejala sosial ditambah pula dengan pengaruh budaya barat yang semakin menular sekaligus membunuh jiwa suci para remaja ini dengan budaya-budaya negative seperti hedonisme, sekularisme, liberalisme dan lain lain lagi.  Antara cabaran yang menjadi batu penghalang utama kepada pembangunan remaja alaf ini adalah pengaruh yang berleluasa. Pengaruh pengaruh ini termasuklah pengaruh daripada persekitaran dan juga teknologi maklumat yang berleluasa telah menimbulkan pelbagai isu yang  tidak  dapat ditangani.
Image result for 21st century    Image result for 21st century
  Antara pengaruh yang berleluasa merupakan pengaruh rakan sebaya serta keluarga yang mendorong serta mempengaruhi rakan rakan mereka untuk melakukan perilaku seperti merokok,mengedar dadah,arak serta lain lain.  Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Indri Kemala Nasution,2007 menyatakan bahawa perilaku merokok dimulakan kerana rasa ingin tahu dan juga pengaruh rakan sebaya . modelling iaitu meniru perilaku orang lain menjadi salah satu punca dalam merokok. Data WHO juga semakin mempertegas bahawa jumlah perokok yang ada di dunia sebanyak 30% ialah kaum remaja. Jika hal ini tidak dapat dicegah, hasil penilitian menunjukkan bahawa pada tahun 2020,dikirakan rokok akan menjadi penyebab utama kematian dan kecacatan yang menewaskan lebih dari 10 juta orang setiap tahun. Antara agen sosial  yang berpengaruh di dalam membentuk  sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok  rujukan bagi remajab di dalam tingkah laku  mereka. Perasaan “sense of belonging” kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan rakanya (1972) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi (generation gap) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka.
                                  



  Budaya lepak juga telah menjadi isu yang dipandang serius oleh masyarakat Malaysia masa kini. Menurut kajian yang dilakukan oleh tokoh cendiakawan tempatan,tingkah laku lepak dalam kalangan remaja menunjukkan secara purata remaja menghabiskan masa sebanyak 16.3 jam seminggu membuang masa berkumpul dan berbual kosong dengan rakan sebaya di tempat tempat awam . kadar ini lebih menonjol di kawasan luar Bandar iaitu di kawasan pembangunan tanah FELDA yang telah menghabiskan masa mereka sebanyak 28.4 jam seminggu untuk melepak. Melalui aktiviti melepak yang diamalkan oleh remaja,hal ini memberi peluang serta masa bagi para remaja untuk terjebak sekali dengan gejala sosial yang dilakukan oleh rakan rakan mereka.  Menurut kajian yang dilakukan oleh Zainuddin Sharif dan Norazmah Mohamad Roslan(journal of education phsychology and counselling),2011 menyatakan antara faktor-faktor yang mendorong remaja di Sekolah Tunas Bakti,Sungai Lereh, Melaka terlibat dengan masalah sosial mengikut empat faktor iaitu faktor  diri sendiri,faktor latar belakang keluarga,faktor pengaruh rakan sebaya dan faktor permasalahan persekitaran sekolah. Sebanyak 57% pelajar di Sekolah Tunas Bakti,Sungai Lereh, Melaka bersetuju bahawa mereka suka bergaul dengan kumpulan remaja yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Sebanyak 80.2% pelajar turut bersetuju mereka gemar mencuba perkara baharu. Hal ini membuktikan bahawa pengaruh yang berleluasa di persekitaran remaja memainkan peranan sebagai faktor utama terhadap masalah gejala sosial dan keruntuhan akhlak remaja
   

  Selain daripada pengaruh persekitaran,teknologi yang semakin berkembang dan menular pada hari ini turut menjadi cabaran yang amat besar terhadap remaja. Media massa merupakan agen sosialisasi,media massa seharusnya bebas dari cengkaman faham sekularisme dan budaya komersial yang melampau. Remaja zaman sekarang mempunyai persepsi bahawa seuatu yang datang dari Negara barat seperti Amerika Syarikat, England, Canada dan lain lain. Masalah jenayah siber yang dapat ditakrifkan sebagai sebarang bentuk tindakan dan ancaman yang dilakukan oleh seseorang melalui internet,telefon bimbit dan pelbagai teknologi lain ini kian menular dalam kalangan para remaja.  Jenayah siber yang semakin berleluasa ini memberikan impak yang amat besar mahupun dari segi mental atau fizikal. Hal ini terbukti pada bulan Januari yang lalu, seorang remaja perempuan di Australia membunuh diri selepas menjadi mangsa jenayah siber. Enjin pencarian juga digunakan secara meluas oleh para remaja untuk mencari bahan bahan lucah. Malah, menurut statistic google trend Malaysia menduduki tempat ke-14 bagi penggunaan enjin pencarian untuk mencari bahan lucah di serata dunia. Hal ini sedikit sebanyak telah mencalarkan imej remaja. Setelah para remaja menontoh perkara-perkara sebegini,mereka akan mempunyai keinginan yang kuat untuk mencuba perkara ini. Jadi melalui cara inilah akan berlaku kes kes yang lebih besar seperti kes rogol dan pembuangan bayi. Pada 14,19 dan 31 Disember 2017, 9 orang remaja telah disabitkan kesalahan merogol seorangang gadis bawah umur di Gemencheh. Tidakkah hal ini akan memalukan keluarga? Tidakkah hal ini akan merosakkan nama mereka? Selain daripada isu ini, penggunaan media sosial yang berleuasa kerana kecekapanya telah menimbulkan masalah pergaulan bebas. Perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Hal ini memudahkan remaja yang bercinta untuk menetapkan temu janji mereka. Ini  akan menyebabkan remaja hilang fokus dan minat terhadap bidang pelajaran sekaligus mengurangkan jumlah para cendiakawan Negara. Bukan sahaja itu,Sifat materialistic juga akan disemai dalam diri remaja melalui laman laman pembelian secara atas talian. Sepanjang perjalanan hidup mereka akan dipenuhi dengan nilai kebendaan semata-mata. Media massa juga sebenarnya menjadi wahana cultural domination and imperialisme melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang amat canggih.
    
  Tetapi,sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya bersyukur untuk dilahirkan di Negara ini, kerana segala perbuatan kita akan sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Justeru,remaja akan malu untuk terjebak dengan aktiviti pergaulan bebas. Tetapi jika dibandingkan dengan Negara Eropah yang lain seperti Amerika Syarikat, pergaulan bebas addalah perkara yang biasa berlaku di Negara mereka. Di Malaysia juga,walaupun seseorang remaja telah mencecah umur 20 tahun,kebanyakkanya akan masih lagi berada di bawah pantauan ibu bapa terutamanya remaja perempuan. Namun sebaliknya berlaku di Amerika Syarikat,kebanyakan para remaja akan berpindah keluar dari rumah mereka apabila mencecah umur 16 tahun. Oleh itu,para remaja akan mempunyai banyak kebebasan tanpa pantaun ibu bapa. Kebanyakan laman web lucah di malysia ditapis,namun tidak di Amerika.Aktiviti seperti  Friday night lights turut menjadi tempat berlakunya seks bebas,arak dan dadah. Pada 2012 juga,sebanyak 17% daripada remaja yang berada digred 10 dan 23% remaja daripada gred 12 sudah mula terjebak dengan dadah. Bagi menanganimasalh remaja ini,ibu bapa haruslah memainkan perana yang vital dengan member tumpuan dan kasih saying yang secukupnya terhadap remaja. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu sibuk bekerja hingga mengabaikan anak anak mereka. Remaja merupakan aset Negara dan bakal pemipin Negara pada masa akan datang, dengan cabaran yang mendatang hari ini,banyak rintangan telah member kesan serta impak yang besar dalam hayat remaja termasuklah aspek sosial dan psikologi. Oleh itu,demi melahirkan Negara yang dapat berdiri sama tinggi serta duduk sama rendah dengan Negara maju lain sejajar dengan transformasi nasional 2050,kita seharusnya berganding bahu dalam mengembleng tenaga untuk melahirkan remaja yang produktif


17 comments:

  1. maklumat yg anda berikan amat tepat dan berguna untuk masa depan. terima kasih atas kerjasama anda

    ReplyDelete
  2. maklumat ringkas dan padat

    ReplyDelete
  3. Penjelasan yang diberikan sangat jelas dan terperinci. Masyarakat dapat memahaminya dengan mudah.

    ReplyDelete
  4. sangat menarik dan cantik
    maklumat yang lengkap bagusss

    ReplyDelete
  5. Maklumat yg amat bermanfaat

    ReplyDelete
  6. Tq for the maklumat....bagus bagus apa yang dikongsikan sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  7. Terima kasih..banyak membantu dan info pun menarik

    ReplyDelete
  8. Great work, sgt brmanfaat ✨🐣

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yang bermanfaat dan berguna👍

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yg baik dan dapat dimanfaatkan melalui informasi yg padat dn berguna👌

    ReplyDelete
  11. Mudah-mudahan dgn pendedahan seperti maklumat yg terperinci ini,Malaysia mampu mlahirkn modal insan yg berguna

    ReplyDelete
  12. Terima kasih! Maklumat yang diberi amat membantu!!

    ReplyDelete
  13. Maklumat yg diberikan dn prnggunaan kata amat memberangsngkan...

    ReplyDelete
  14. terima kasih atas bimbingan anda

    ReplyDelete
  15. Slots - D&D - DRMCD
    Discover our complete 김포 출장안마 list 영천 출장안마 of slots & 청주 출장마사지 games including: Jackpot Party, Dog 여주 출장샵 House, Wheel of Fortune, Wheel 부산광역 출장샵 of Fortune,  Rating: 4.2 · ‎23 votes

    ReplyDelete

REMAJA DAN CABARAN CABARAN REMAJA PADA ABAD KE-21 “Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pe...